Thursday, 11 May 2017
Bunyi ketukan pukul 4 pagi
Aku seorang yang gemar menonton drama korea. Kalau aku sudah melihat drama korea, seperti dunia ini aku yang punya dek kerana terlalu asyik melayan drama tersebut.
Pada satu malam, aku seperti biasa melayan drama korea yang aku minta dengan kawan sekerja disebabkan rumah kami yang tiada siaran astro atau siaran televisyen.
Jam menunjukkan pukul 11 malam. Mata aku mula layu dan mula tertutup tutup tetapi masih juga mahu menonton drama korea yang aku pasangkan tadi. Disebabkan aku terlalu mengantok kerana pada waktu siang aku bekerja, aku terlena.
Tetapi seperti biasa, rutin aku sebelum tidur aku selalu membaca surah al fatihah, 3 Qul, ayat kursiy dan doa tidur. Sebab aku ni jenis yang selalu mimpi yang tidak baik jika aku tidak membaca ayat-ayat suci al Quran ni dan aku sejenis yang sensitive terhadap bunyi-bunyi yang ada di sekeliling menyebabkan aku selalu terbangun lewat malam dan terjaga dari tidur.
Tiba-tiba aku terbangun dan terus meludah sebelah kiri 3x dan menepuk nepuk bantal sambal membaca ayat kursiy. Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 1.30 pagi. Aku bermonolog dalam hati “aku mula mimpi lagi benda tu”.
Setelah itu, aku menyambung tidur semula kerana menganggap itu suatu perkara biasa yang terjadi sama aku. Tetapi aku berasa hairan, padahal aku sudah membaca ayat-ayat suci al Quran sebelum tidur. Aku tidak melayan perasaan aku itu dan terus menyambung tidur semula dek kerana memikir esok hari perlu bekerja.
AKu terbangun lagi. Tapi kali ini disebabkan aku menetapkan alarm di telefon bimbitku pukul 4 pagi kerana aku ingin berpuasa ganti pada esok hari memandangkan aku belum melunas hutang-hutang berpuasa yang lalu. Setelah aku mematikan alarm di telefon bimbitku, aku tiba-tiba teringat mimpi yang aku alami tadi. “Aku mimpi benda yang sama dan menakutkan lagi”. Aku mula hairan mimpi itu bersambung semula sedangkan aku sudah menukar posisi bantal dan membaca ayat suci al Quran.
“Ahhh. Bagus sambung tidur 5 minit lagi”. Aku bermonolog lagi. Lalu aku cuba untuk melelapkan mata.
Dalam keadaan separuh sedar, sayup-sayup kedengaran seperti bunyi sesuatu di ketuk. Tapi aku tidak berapa pasti sama ada ketukan atau bunyi air paip di sinki menitis-nitis atau yang sejenis dengannya sebab aku masih lagi separuh sedar. Lama kelamaan bunyi itu menggangguku. Disebabkan aku tersangat sensitive terhadap bunyi seperti itu, lantas aku duduk.
Aku berfikir “mungkin pakcik sebelah ni tengah bertukang. Menukul nukul paku di dinding.” Tapi bila aku fikir secara logic, enapa pakcik itu bertukang pukul 4 pagi? Itu menjadi tanda tanya dalam diriku. Sekali lagi aku membuat sangkaan. “Aku rasa housemate sebelah ni pergi potong sayur atau ikan untuk dibuat bekal untuk bekerja esok hari”.
Lalu aku bangun melihat di kaca tingkap untuk melihat di pintu utama rumah kami kalau-kalau ada orang mengetuk pintu sebab aku masih tidak dapat menjangka bunyi apakah itu. Tapi setalah aku melihat dari kaca tingkap rumah kami, aku tidak melihat apa-apa bayang bayang atau warna dan membuatkan aku berasa berat hati untuk membuka tingkap.
Tapi aku masih tidak berpuas hati mendengar bunyi itu. Makin lama makin kuat.
Lalu dengan perasaan yang ingin tahu, aku membuka tombol pintu bilik dan menjenguk keluar untuk melihat kalua-kalau housemate aku tengah potong sayur. Tetapi malangnya, setelah aku buka pintu bilik, bunyi itu terus hilang. Seperti pintu bilik yang aku buka itu yang bermasalah. Aku berasa hairan, dan masih berpikiran positif dan menjangka mungkin itu bunyi sesuatu benda yang tidak disusun dengan baik sehingga meghasilkan bunyi tersebut. Lama aku menunggu bunyi itu. Tiada.
Setelah bunyi itu tidak kedengaran lagi, aku menutup pintu bilik dan ingin menyambung tidur kembali. Tetapi… sebelum punggung aku mencecah katil untuk baring, aku terdengar kembali bunyi ketukan itu. Aku terpaku. Aku terdiam seketika dan otak aku mula berpikir satu benda. Satu benda yang tidak dapat ditafsir dan dilihat oleh mata kasar manusia. Ya. Aku yakin dan tersangat yakin itu adalah benda “itu”.
Dek kerana tidak sedap hati takut-takut itu hanya mainan perasaanku sahaja, aku mengejutkan roommate aku yang tidur lena. Nasib roommate aku ini jenis yang cepat sedar kalau tidak…. Habis la aku. Sesedar dia, aku terus menanya “kau dengar bunyi tu”. AKu berdebar debar menunggu jawapannya. “Ya.. aku dengar”. Jantung aku makin laju berdengup.
Lalu dia pun hairan bunyi itu. Bunyi ketukan itu semakin kuat dan galak sehingga membuatkan aku terketar-ketar sedangkan roommate aku masih bingung dengan apa yang terjadi. Dalam kepala aku hanya satu.
Adakah dia yang dalam mimpi datang menuntut janjinya dengan aku?
Roomate aku ingat membuka kaca tingkap bilik yang aku tengok tadi. Aku memesan dengan dia jangan membuka tingkap itu. Setelah itu, dia pun ingin membuka pintu bilik untuk mencari di manakah bunyi itu datang. Dia terus memusing tombol dan aku terus menegur “jangan buka pintu tu”. Dan dia tidak membuka tetapi hanya memulas tombol pintu bilik dan saat itu aku saling berpandangan dengan roommate aku dengan perasaan yang bercampur baur.
Ketika roommate aku memulas tombol itu, bunyi ketukan yang sangat kuat dan tiada henti itu tiba-tiba berhenti. Dengup jantung aku makin laju lalu aku menggapai tuala untuk menutup kepalaku lalu mengambil tafsir alQuran yang aku letak diatas almari. Dengan suara yang terketar-ketar dan berasa takut aku mula membaca surah Yassin sedangkan roommate aku masih bingung lagi apa yang hendak dilakukan. Aku meneruskan bacaan dengan perasaan takut. Tangan aku sejuk, lutut aku menggeletar. Suara ketukan itu makin lama makin perlahan didengar tetapi aku terhenti seketika dek kerana tercungap -cungap membaca surah Yassin itu dengan perasaan takut dan terkejut.
Tetapi pada waktu ini aku sedar satu perkara. Aku teringat kisah cerita hantu arahan Syamsul Yusof bertajuk Munafik. Aku tiba-tiba teringat bila Syamsul Yusof dalam watak tersebut diuji berkali-kali sedangkan dia adalah ustaz dan ahli masjid yang sangat tawaduk. Rupa-rupanya dia diuji disebabkan perasaan ragu-ragu yang menyelubungi diri.
Aku tidak tahu bagaimana aku boleh berfikir sejauh itu, tetapi aku memang jenis yang suka mencari pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul tidak kisahlah masalah apa sekali pun asalkan dapat meyelesaikan masalak.
Ini kerana, ketika aku terhenti seketika ketika membaca surah Yassin itu, bunyi ketukan itu makin kedengaran dan kuat. Lalu aku menarik nafas panjang dan menyambung semula bacaanku dengan penuh yakin dan aku menguatkan semangat. “Seharusnya aku tidak perlu takut kepada mahkluk-makhluk selain Allah. Ya. Dia Tuhan Yang Satu.”
Sejurus itu, aku menguatkan suaraku dan dengan penuh yakin mengungkapkan setiap kalimah Surah Yassin itu sehingga ke bacaaan “Fasubhanalladzi biyadihi malakutu kulli syaiwwailahiturjaun”.
Alhamdulillah. Azan subuh berkumandang dan kami berasa lega. Tenang yang teramat tenang.
Aku berfikir sejenak. Adakah benda didalam mimpi aku menuntut janji dari aku?
Aku bermimpi..
Di dalam mimpi itu ada sekujur tubuh yang sudah dimandikan dan sedia untuk dikebumikan tetapi sebelum itu, orang-orang (aku pun tidak tahu siapa orang-orang ini) di situ meminta aku untuk membaca surah Yassin sebelum jenazahnya dikebumikan tetapi malangnya, dalam mimpi itu aku tertidur sehingga ke esok harinya dan aku tidak dapat membaca Surah Yassin untuk dijadikan sedekah kepada jenazah tersebut.
Itu la yang aku mimpi yang selama satu malam itu. Mimpi yang bersambung-sambung. Waallahualam. AKu hanya manusia biasa yang tidak mungkin menafsir mimpi tersebut. Aku anggap sahaja mimpi dan peristiwa ngeri itu untuk memberi kesedaran dengan aku dan rajin-rajinlah membaca surah Yassin untuk disedekah kepada ahli-ahli keluarga dan umat islam yang sudah berada di dunia lain.
Dan paling penting, sebelum tidur jangan lupa baca doa dan sekurang-kurangnya hafal lah ayat Kursiy sebagai pendinding diri. Yakin dengan kuasa Allah. In Shaa Allah tidak akan jadi sesuatu jika tidak dengan izinNya.
Thursday, 7 November 2013
Terukir Sebagai Kenangan Yang Tercipta
Jawab salam tu dulu tau. Tak jawab dosa. hehe. Sebenarnya Tee pun tak tau nak cite apa sebab lama dah tak berkarya. Berkarya la sangat. Tak pe la. Mana tau satu hari dapat jadi macam A.Samad Said kot-kot. Dah nama ayah Tee A.Samad a.k.a Abdul Samad. So, mana la tau kehebatan beliau boleh turun kat Tee pulak. Kan. Hehe. Doakan je. Seriously, my mind jammed for a while. Stuck in the moment. HAHA. Tak tau nak cite apa. Kalau nak tau Tee nak cite apa kali ni, baca dulu lirik kat bawah ni. Mesti semua tau lagu ni kan.
Kenangan Terindah
Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu…
Kutemukan hidupku
Bagiku…
Kau lah cinta sejati
Yeah ooh…
(Bagiku engkau lah cinta sejati)
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Hah! okay-okay. Nak tau tak cite d sebalik lagu ni? okay, check it out! Kalau tak silap Tee lagu ni top time Tee nak ambil UPSR. Maknanya time tu darjah 6 la kan. Di sebalik lagu ni, macam-macam tau kenangan, sejarah suka duka dan macam-macam laa.
Dulu, time darjah 6 pertengahan tahun macam tu, Tee tinggal kat hostel tau. Hostel? Bole la katakan hostel tapi macam bukan hostel je sebab makanan kat hostel tu memang yummy laa~ hehe. Mesti readers terkejutkan darjah 6 dah masuk hostel? hehe. Tee punya kisah ni special sikit. Nak tau, jom baca lagi.
Okay-okay, kesian readers asyik tertanya-tanya je dari tadi. Sempat lagi aku nak membebel-bebel. Sabar erk. Sabar itu separuh daripada iman tau! :)
Sebenarnya Tee ni anak jati FELDA la katakan. Federal Land Development Authority. Kepada sesape yang tak tau tu, hah. Tu pemanjangan untuk FELDA. FELDA ni nak buat experiment la konon macam tu. Nak pastikan anak-anak jati FELDA ni pun maju juga macam budak-budak yang tinggal kat bandar tu. Biasalah kalau FELDA kompem la tempat tinggal tu di pelosok dunia. HAHA.
Sepanjang jalan tu kelapa sawit je memanjang. So, my luck la dapat terpilih dan tercalon untuk jadi bahan experiment FELDA ni. Experiment ni sebenarnya nak lahirkan anak FELDA yang cemerlang. That's mean sesape yang terpilih dan tercalon ni berkemungkinan besar dapat 5A dalam UPSR.
Time tu FELDA nak 15 orang je jadi experiment. So, lelaki lebih kurang 5 orang macam tu. Tee pun tak berapa nak sure. Maklum la sekarang dah tua. Tak sangka juga la, dah hampir 7 tahun benda ni berlaku. Yang selebih tu kompem la pompuan. Start kat situ juga Tee dah ada bestfriends. Nama dia Nur Syafika Fasha Bt Amin. Sweet kan nama dia. Macam orang dia juga. Kalau nak tau pasal my besties ni, tunggu entry yang seterusnya tau!
Memang banyak dugaan la tinggal kat hostel dengan umur macam tu lagi. Masih nakal dan gila-gila. Biasa lah budak-budak. Budak pun bukan sembarang budak tau! HAHA. Tapi Tee tak da lah sampai nangis dok kat hostel. Bukan jau mana pun dari ruma. Lagi pun Tee dah biasa macam tu. So, sepanjang berada kat hostel tu, memang jadual fit habis. Penat gilerr dohh~ Tapi best! Macam-macam kenangan tercipta. Dan di sini lah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah.
Macam besa la, Tee dengan bestfriends Tee tu je la. Tapi Tee kawan juga dengan semua. Kehidupan kami seperti biasa. Bangun pukul 5am mandi. Lepas tu, pukul 5.50am dah start gi breakfast. Tapi 1 je la yang Tee nak cakap pasal makanan tu. Yummyyy memang yummy macam yang Tee cakap. Tapi masalahnya tiap kali breakfast je. Apa taknya, dah Tee ni tak suka makan telur rebus. Cun-cun telur rebus tu kena makan dengan bihun goreng.
Orang Sabah cakap "ndak ngam". HAHA. Betul apa. Kalau makan bihun tu dengan telur goreng tak pun sosej ke ayam goreng ke, memang ummpphh plus yummmyy la. Maklum la kami ni kan bahan experiment. Kononnya mesti la makan-makanan berkhasiat. Tu pun sebab kami dah puas mengadu dengan makcik kantin tu tak nak telur rebus. Tapi ape nak kata. Dah memang guru yang in-charge kami a.k.a warden tetapkan menu macam tu.
Tapi ada juga sweetnya tau! Tee memang tak suka makan telur rebus tu. So, kalau tak habis kompem kena marah. Dah la Tee selalunya orang paaaaaling paling lambat habis makan. Tau tak macam mana Tee habiskan telur tu? HAHA. Secret! Tee tak buang tau! Tak suka membazir. Dah benda tu mesti ada tiap kali breakfast. Kalau Tee tak habiskan makan telur rebus tu, kompem Tee lambat gi perhimpunan. Kang nanti nama masuk disiplin pulak. Dah la 'pelajar harapan'. Harapan la sangat. Hehe.
So, ada la kawan Tee yang baik hati tu tolong habiskan. Baikkan dia. Memang baik. Dah tu, cute plus montel plak. Hehe. Dia ni memang idaman pelajar pompuan kat sekolah tau sebab dia pandai dan cute. Untung juga la dapat berkawan dengan dia ni.So, Tee selalu diselamatkan oleh c montel tu la. Bukan telur rebus tu je. Apa-apa makanan yang Tee tak dapat habiskan Tee bagi lah dia. Kan dia montel. Mesti kuat makan. hihi.Eh! Dah kantoi pulak. Secret lagi ke kalau dah kantoi? HAHA. Tak pe, sekali sekala. Tak selalu pun kan. Hah! tu kenangan yang pertama Tee yang citekan. Kalau ada yang pertama, confirm ada yang kedua kan? okayy~ Teruskan membaca kenangan seterusnya.
Dah lumrah tinggal kat hostel. Jadual memang fit habis! Pagi hingga ke tengah hari kelas macam budak lain. Then, kiteorang dapat rest kejap je pas tu kena sambung pulak dengan tuisyen petang. Tu baru petang tau. Tak termasuk tuisyen malam lagi. Gila beb! Kiteorang paling suka kelas matematik. Sebab apa, sebab cikgu dia la. Cikgu ni baik hati sikit tak macam yang lain. Cikgu ni tau kiteorang penat sangat, so dia akan bagi masa kiteorang tido kejap then baru sambung study. Kesiankan.
Tak pun kadang-kadang sebelum masuk kelas kiteorang cuci baju dulu. Bukan guna mesin, guna tangan beb. Penat gileerrr~ Tu yang masuk kelas tuisyen petang je mengantuk. Apa-apa pun, Tee rindu sangat time ni. Rasa nak masuk je balik ke alam budak-budak tu. Tak payah nak berfikir banyak sangat macam sekarang ni.
Hah! yang ni part paling paling paling Tee tak dapat lupa seumur hidup. Kalau dulu time benda ni berlaku memang sakit ati la. Tapi bila dah besar memanjang macam ni, terkenang peristiwa ni balik. Rasa macam nak ketawa guling-guling pun ada. Sungguh, tak dapat dinafikan zaman budak-budak paling terindah dalam hidup. Begini cite dia. Kat hostel kami berpuak-puak tau. Ada geng sendiri la katakan. 2 geng je pun. Tu pun budak pompuan je la. Buak lelaki aman je. Peace no war la katakan. Budak-budak pompuan ni je selalu sangat timbulkan masalah sampai satu masa tu kiteorang budak hostel pompuan ni kena denda. Nak tau kenapa kena denda? Jeng jeng jeng. Dah nakal, macam tu la nasib.
Kami budak pompuan ni bergaduh sebab Tee tak bangunkan diorang yang lain. Padahal Tee dah bangunkan pun. Sebab warden suruh Tee yang jaga jam untuk bangunkan subuh atau apa-apa je. Tee kan memang jenis cepat sedar. Sampai sekarang Tee macam tu. Sampai kadang-kadang tu, nak tido malam pun tak lena. Asyik-asyik terbangun. Tak best macam tu. Kadang-kadang Tee terfikir juga. Tee ni ada penyakit Anaemia ke? Penyakit susa nak tido. Tee pun tak sure.
Eh, eh. Jau sangat aku melalut ni. Okay-okay berbalik pada cerita tadi pasal jaga jam tu kan. Pagi tu kiteorang ada seminar untuk UPSR tau. So, yang geng 1 ni memang terlambat la. Geng Tee memang dah get ready nak gi seminar. Sapa suru. Kite dah bangunkan, bagai nak rak je bangunkan diorang. Tak juga nak bangun-bangun. Tee geram biarkan je diorang. Sebab dah dekat sepuluh kali bangunkan. Tak juga nak bangun. Hantam la kau labu. Yang penting Tee and The Gang dah siap. Hehe.
Tapi tak sangka, cahaya mentari yang sinar benderang tu rupanya mendung juga. Geng Tee dah nak prepare untuk seminar. Tiba-tiba "Woii~~ suka ati kamu je tak bangunkan orang. Pentingkan diri sendiri. Bikin panas!". Diorang teriak kat geng Tee. Tu yang Tee geram. Kami berjumpa kat belakang kelas then bergaduh la. Ala.. bertengkar mulut je.
Entah macam mana warden kiteorang bole tau pun Tee tak tau. Tup tup~ Orang gi seminar kiteorang budak hostel pompuan ni kena cuci tandas! Hah! Tu la. Padan muka! Dah kena denda. Dah tu cuci tandas pakai baju sekolah yang dah cantik-cantik nak gi seminar tadi. Geramnya Allah je tau. Tapi nak buat macam mana. Semua pun salah. Memang padan la kena denda. HAHHA.
So, kami pun cuci je la tandas. Tapi ada hikmah tau di sebalik cuci tandas tu. Nak tau tak? Nak tau tak? Tadaaaahh~ Kiteorang budak hostel pun bermaafan. Kat dalam tandas lagi tu sambil-sambil cuci tandas. Maybe sebab tandas tu, Tuhan je la yang tau nuzubillah bersihnya. 'Bersih sangat'. Sebab 'bersih sangat' tu la kiteorang tak sabar nak keluar dari tandas tu dan kami semua pun bersatu cepat-cepat nak siapkan cuci tandas tu.
Tak tertahan rasa lama-lama kat dalam tandas tu. Tandas tu bukan kecik beb. Besar gilerrr~ Dah tu, tandas lelaki dan pompuan pulak tu. Memang dahsyat habisss laa~ Habislah kisah kami cuci tandas tu. Tapi kisah tu tak habis kat situ tau!Jom jom, baca lagi.
Hati kami semua dah lega la sebab dah bersatu dan habiskan denda cuci tandas tu dengan sempurna. So harapan kami memang dapat masuk seminar tu. Tup tup~ nak tau apa jadi? Emmm... Akhirnya kiteorang kena jemur kat luar kelas yang buat seminar tu. Budak lelaki dok tersengih-sengih je tengok kiteorang kena denda. Tak pe la. Dah nasib kami kan. Malu gileerr sesangat! Tak tau nak letak muka kat mana. Konon 'pelajar harapan'. Tapi kena denda depan semua murid darjah 6. Pelajar harapan la sangat!
Dalam setengah jam juga la macam tu kiteorang dok terpacak kat situ baru warden lepaskan kiteorang masuk bilik. Penat gilaaaaaaa doh~ Akhirnya, kami ketawa sesama sendiri sebab kami dapat seminar dalam toilet je. HAHAHA. Orang lain dok busy seminar kat kelas panjang tu, kiteorang dok busy dengan cuci tandas yang entah nak cakap apa dah tahap 'bersih'nya.
Last, but not least. Sebelum UPSR tu, warden kiteorang bawa la jalan-jalan. Kiteorang pergi laut. Pergi jeti. Buang stress sebelum UPSR. Hah! Dekat situ lah lagu 'Kenangan Terindah' ni dah jadi top. Ngam-ngam time tu, kereta warden Tee pun mazda. So, memang syok habis la yang kat belakang tu sambil dapat menyanyi lagi. Menyanyi lagu apa? Semestinya la lagu 'Kenangan Terindah' ni. Time sampai kat jeti tu, kiteorang pun ambil port masing-masing nak hilangkan stress la katakan.
Sedang asyik kiteorang main kat gigi-gigi air tu. Tiba-tiba "Tolong! selipar aku tenggelam la!". Kiteorang semua pun panik habis. Nak tau selipar sape yang hilang tu? HAHA. Si budak montel tu punya selipar la hilang. Muka dia bukan main cemas lagi. Macam hilang harta je cemasnya. HAHA. Kiteorang pun carikan selipar dia dalam lumpur tu. Semua cari tau tapi tak dapat-dapat. Dah la si montel ni tak de bawa kaca mata dia. Kompem dia tak nampak. Kesian pulak tengok si montel ni.
Cari punya cari tak juga jumpa. Akhirnya kiteorang fed up dan naik nak siap-siap balik. Hari pun nak gelap. Apalagi si montel, macam nak nangis pun ada juga. Kesian sangat kat dia. Last-last dah kawan Tee sorang ni sayang sangat kat si montel ni, yalah. Kan besties dia. Dengan usaha dia yang gigih tu, akhirnya terjumpa juga selipar tu. Si montel apalagi, macam budak-budak dapat aiskrim. Hihihihi. Memang indah la kenangan ni. Sukar nak dilupakan. Time pulang tu, kiteorang semua kat belakang nyanyi ramai-ramai lagu ni. Rindunya aku saat itu....
Hah! Tu la kisah disebalik lagu ni. Macam-macam tau kenangan pahit manis yang tercipta. Sebenarnya banyak lagi, tapi tak terlarat Tee nak citekan semua tu. Tee rasa yang paling terindah je Tee dapat citekan. Tak pe kan? SO, the moral of the story... Cipta la kenangan sebanyak mungkin supaya suatu hari nanti engkau mampu untuk tersenyum sendiri mengenang kisah dahulu yang indah kerana hidup ini tidak selalunya indah seperti yang kita impikan. Mana tau dengan mengimbas kembali semua kenangan-kenangan ini dapat meningkatkan semangat dan azam pada diri. Tee harap readers terhibur dengan cite Tee ni. Kalau ayat Tee tunggang-langgang ke , apa ke... Tee nak minta maaf ye. Dah lama sangat tak berkarya. Faham-faham je la. Kalau Tee rajin, In Shaa Allah ada la entry baru.
Life is like an icecream. Enjoy it before its getting melt
Salam Sayang untuk readers semua! Semoga bertemu dalam entry seterusnya
Monday, 13 May 2013
Aku & Dia

Sedang aku duduk di tepi pantai yang tenang dan damai, angin sepoi-sepoi bahasa menampar halus pipi mulusku mengingatkan aku pada si dia ketika pertama kali aku mengenali dirinya. Sepanjang umur hidupku baru sekali aku merasa seperti ini dan sepanjang umur hidupku juga buat pertama kalinya aku dapat merasa 1001 macam perasaan yang sukar ditafsir, sukar difahami, sukar dijangka , sukar diketahui. Aku terkesima , aku terkejut, aku terjatuh dan aku terhempap mendengar setiap butir bicara ketika mendengar dia melontarkan bicaranya kepadaku. Aku tidak tahu kenapa setiap kali aku berbicara atau aku memikirkan tentang dirinya, setiap kali itu juga lah hatiku sentiasa berdegup kencang. Aku bermonolog dalam hati, "nape la ati ku sentiasa nak dup dap dup dap ni klau bnde yang berkaitan dengan dia, time SPM tak plak mcm ni . pelik laaa~ " .
Aku termenung jauh ke dasar laut yang membiru seperti birunya perasaanku kini. Seperti birunya juga awan-awan dilangit yang menenangkan hatiku yang bergelora seperti lautan dihadapanku. Aku berfikir sejenak, betapa indahnya ciptaan Ilahi. Aku tahu setiap yang diciptaNya pasti ada hikmah yang tersembunyi.Cuma kadang-kadang hikmah itu sukar dicari atau tanpa disedari hikmah itu sebenarnya sudah pun wujud. Hanya sesiapa yang berusaha dan tidak membutakan hati untuk menampakkan hikmah dariNya yang akan menyedari. Ya, hikmah sentiasa ada dan sekarang hanya aku sahaja yang perlu mencarinya. Setiap kali memikirkan tentang aku dan dia, aku menjadi bingung. Tersangat bingung.
"Salam Bumi Kenyalang ! :)".
Sapaan pertama kali dari si dia. Ketika itu, aku masih berada di bumi Sarawak untuk meneruskan pengajianku. Aku terimbau masa lalu ketika kami berkenalan atau pun aku dan dia gelar "sesi ta'aruf". Sesi ta'aruf kami pun berlangsung. Semakin hari semakin kenal. Si dia pun menampakkan dirinya yang sebenarnya dan aku pun begitu. Aku suka dia menunjukkan dirinya yang sebenar yang membuatkan aku tertarik kepada dirinya . Tapi sayang seribu kali sayang.........
"Oh no ! aku dah terlambat laa~ habis la klau Mr.F tu dah masuk !!!". Jam di tangan menunjukkan 10.55 pagi. Maknanya dalam masa 5 minit lagi kelas akan mula. Dah la Mr.F tu jenis punctual.
"Habis la. Habis la." Aku berlari tergesa-gesa untuk memasuki kelas Programming Fundamentals.
"Apa la aku nak jwb dengan Mr.F ni ?? Aduuhhh~ pening ! pening ! pening ! tak pe, nanti pandai-pandai la aku nak jwb dengan Mr.F tu. lagi pun ni kan first time jugak aku lmbt. hehe :)". Aku bermonolog dalam hati menenangkan perasaan yang bercampur baur. Dah la Mr.F tu tak boleh nak makan bodek. Harap-harap nanti semuanya ok.
"Kenape You lambat ?". Mr.F menyoalku.
"Eerrrr~ maafkan saya encik, tadi saya ada hal sikit.". Kenapa la tadi aku asyik sangat baca novel kat library tu. Tapi betul ke aku baca novel ? bukan aku fikir benda lain ke tadi sampai lupe kelas dah nak start ? eemmm~
"Ehem-ehem. Kalau tak nak duduk,You berdiri je kt sini sampai habis masa".
"Maaf encik." Apesal la aku boleh termenung lagi ni. Aduhhh~ parah-parah. Ni la banyak sangat nak fikir. Ni semua sebab dia la aku lambat masuk kelas. Fokus ! Fokus ! Fokus ! Tengok, kan tadi dah kantoi dengan Mr.F tu. Padan muka.
"Tenangnye. Rasa nak berminggu je kt sini."
Rasa tenang dan damai perasaan ku dikala ini. Dipantai ini. Pantai Burok, Kuala Terengganu. Ketika aku merendahkan diri kepada Ilahi aku tidak pernah lupa untuk berdoa agar aku diberikan petunjuk dan hidayahNya agar memberiku ketenangan dan mempercayai bahawa apa yang berlaku ini semuanya terselit pelbagai hikmah dariNya. AKu tidak mengharap untuk menjadi pendamping dirinya, dan dia pun juga begitu. Kami hanya mampu berserah kepada Yang Maha Berkuasa untuk memberi petunjuk dan menyelesaikan kemelut yang melanda diri kami berdua. (macam mengalami masalah kegawatan ekonomi je).
"Awak tak nak makan ke ?". Tanya Shasha kepadaku. Aku sedar dia perasan yang aku dari tadi asyik termenung je. "Kejap lagi saya datang ok ?".
Dia telah banyak memberi ku pelbagai perasaan yang aku kira betapa indahnya buat diriku. Dan dia juga membuka hatiku untuk mengenali kaum Adam. Selama ni bukan aku tak pernah bergaul dengan kaum adam tetapi aku sangat-sangat menjaga tutur dan bahasaku dihadapan mereka. Aku tidak ingin luka lama kembali berdarah.
"Nape kau lambat tadi ? biasanye 30 minit lagi kelas nak mula kau memang dah terpacak pun depan kelas kan ?". Irma, teman ku yang ku kira paling rapat denganku di kolej.
"Memang la. Tapi tadi aku terlajak la baca novel kat library. syok sangat citer novel tu sampai aku pun tak sedar kelas dah nak mula. hehe". Aku tersengih macam kerang buusuk pun ada. Dalam hati ni, Tuhan je tahu betapa serabutnye kepala aku ni.
"Emm. Itu aku no comment la. Hantu novel memang macam tu. Tapikan, selama ni memang kau selalu baca novel kat library pun kan ?" Pelik la~ atauuu . kau ada probs ni ?".
Memang la aku hantu novel. Punca utama aku lambat tu sebenarnya bukan baca novel pun, termenung teringatkan dia. Ya! dia.. Dia yang setia menanti sesuatu yang tidak pasti. Tapi si Irma ni, macam tahu-tahu je aku ada probs. Bahaya la dia ni. Tak boleh, tak boleh. Dia tak boleh tahu hal ni. Selama ni apa masalah aku pun memang si Irma ni tahu, tapi untuk masalah yang satu ni (i think it is very special to me even though its like waiting for something that is impossible)aku tak bersedia lagi nak bagitahu dia. Nanti lah dah tiba masa aku bagitahu.
"Eerrggghhh~ xde la. Aku syookkk sangat baca novel tadi tu. Kalau kau tak percaya bace la novel tu ." Aku menunjukkan novel yang bertajuk 'Sebenarnya, aku isteri dia' kepada Irma.Hehe. Novel tu tak lah hebat mana pun. Tapi romantik juga la. Romantik romantik pun, tetap si dia tu juga aku fikir. Aku tahu Irma takkan baca punya. Dia tu tak minat baca novel pun. HAHA. Macam-macam je otak aku ni bergeliga kalau nak escape kn diri dari soalan-soalan maut dia tu.
"Tee ! cepatlah ! kita dah lambat ni. Kang ditinggalkan bas naya kita". Jeritan Shasha yang membingitkan telinga sesiapa pun yang mendengarnya.
"Ok, ok. I'm on my way !". Aku membelek-belek rupaku dihadapan cermin yang menampakkan tahi lalat dibawah bibir kananku yang menjadi pemanis diwajahku. Sama macam Siti Nurhaliza tau. HEHE. (prasan kejap erk) Tapi tak lah nampak sangat.
"ok, nice".
Sempat lagi aku mengenyitkan mata dihadapan cermin. Nakal ! HEHE. Itu lah aku. Nakal plus happy go lucky. (Tapi dengan orang yang aku rapat je)
"Datin Nur Fatihah Balqis Binti Iskandar, boleh kita bergerak sekarang?".
Sambil Shasha memandangku dan mengetap bibir. Aku tahu dia geram dengan aku sebab lambat siap. Tapi sebab dia juga aku lambat. Mandi punya lah lama. Macam mandi air bunga je. Percutian yang sangat best and happy ! Baiknya company aku tu sediakan pakej bercuti ramai-ramai. Tapi aku dah nak kena balik. Tak puas laa~
"HEHE. Ammiiinnnn~ Datin lagi tu. Doakan aku erk. Hehe. Sorry la Sha. Jangan la marah-marah. Nanti tak comel !".
Aku mengenyitkan mata kepadanya. Shasha aku akui memang comel. Dah lah tinggi, baby face plak tu. Biar pun dia tua 5 tahun dari aku.
Kami pun bergegas ingin memasuki bas. Time aku dah nak masuk pintu bas, aku terpandang seseorang. Aku macam pernah nampak la, Tapi aku lupa di mana aku pernah bertemu dengan lelaki tu. Aku dan dia bertatapan mata antara satu sama lain. Aku sempat lagi mengira dalam hati berapa saat kami bertatapan. Satu.. Dua .. Tiga ..
"Tee ! Ape yg koe duk tengok tu ? Cepatlah. Bas nak bertolak dah ni."
Arrrgghh~ Shasha ni potong steam betul laa~
"Tak de ape.". Mana dia ? Mataku melilau keluar bas. Aku je la penumpang paling last yang ditunggu. Aku pun duduk di sebelah Shasha dengan hati yang hampa. Aku yakin aku kenal dan pernah nampak dia tu. Tapi kat mana erk ?
Across the water, across the deep blue ocean,
under the open sky, oh my Baby i'm try.
Lagu yang sangat aku kenal. Confirm ada SMS. Aku sentuh perkataan open di skrin telefon bimbitku. Sebelum itu, aku lihat penghantar SMS. Hatiku tidak keruan. Kalau lah orang berdiri di sebelahku, confirm dengar. Apesal lah aku gugup semacam ni. Dia bukan depan mata pun. SMS je. Macam je muka dia muncul kat skrin telefon bimbit tu. isshhh~ aku ni gabra semacam. Dah, dah, dah.
Assalamualaikum. awk ape khbr ?
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sy sht. awk ?
Alhamdulillah. Mcm awk jg. awk, i miss u.
Guulllpp~ Aku tergamam seketika. Nak reply ke tak. Nak reply ke tak. Aduuuhh~ Aku tak tahu nak reply apa. Setelah puas berfikir...
Owh. ok :) Awk dah mkn ?
Aku mengelak untuk membalas mesej dia yang aku rasa telan liur pun macam telan pasir. Bukan aku tak suka dan bukan juga aku suka. Aku keliru. Aku buntu. Lidah aku terasa kelu untuk menuturkan ayat keramat itu. Aku rasa belum masanya lagi untuk aku mengeluarkan kata-kata keramat itu dan kata-kata keramat itu bagiku amat berharga dan bernilai. Tidak semua orang boleh mendapatnya dari mulutku.
Dah, baru je lps mkn. ok la awk, nnti smbung lgi. Assalamualaikum. Sayang awk <3
Guullppp~ sekali lagi, kata-kata keramat tu dia berikan kepadaku. Tapi hatiku berbunga riang. Aku pun tak tahu kenapa aku merasa seperti akulah manusia paling gembira di dunia hari ini. Gembira tak terkira. Tapi .. ada sesuatu menghalang aku untuk merasa begitu. Aku buntu.
Itu je aku mampu untuk katakan.
Aku duduk termangu di dalam bas yang yang perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu. Serabut, serabut. 1 .. 2.. 3..
"Kau ni knape ? menjerit punya la kuat boleh pekak aku dibuatnya."
Oooopppssss~ Terlepas. Sepatutnya aku jerit dalam hati laa~ Aduuhhh~ Sebab terkejut sangat. Tu la macam tu.
"Eh. sori sori. Xde ape. Sori-sori. Kau tido la balik. Sori erk." Aku tersenyum sumbing. Kenapa la jaritan tu aku boleh terkeluar sampai Shasha noleh sedar? Kejap-kejap. Maknanya .... Tu memang dia la kan? Ya Allah. Aku tak mampu nak berkata apa-apa. Perasaanku kini bercampur baur. Happy, teruja, suka, sedih, hampa ddan semuanya la ada. Tanpa aku sedar air manik jernih menitis ditubir mataku.
Aku terima mesej pesanan ringkas daripada En.Adzrul. 'Ade ape erk encik tu nak jumpa aku ? em... Alangkah terkejutnya aku apabila En.Adzrul mengarahkanku untuk mengikuti pertandingan debat antara IPTA. Ya Allah! macam mana ni? AKu takut la. Tak yakin...
Kami hanya ada masa 2 minggu sahaja lagi untuk berlatih. Kami berusaha gigih untuk menjadi juara pertandingan debat ini. Syukur alhamdulillah semua ahli kumpulanku memberikan komitmen dan kerjasama yang baik dan dengan itu kami menjadi juara keseluruhan antara IPTA dan disitulah bermula kisah aku dan dia ...
"Tee cepatlah ambil gambar kiteorang ni !" Fasha dan Nadrah serentak berteriak kepadaku. Fasha dan Nadrah tu kawan debat aku.
"Ok-ok. 1.. 2.. 3.. 1 more time . 1 .. 2.. 3.. ok, nice"
"owh. Salam juga. Sorry saya tak tahu awak dari mane. He"
Blushing~ Dah la aku ni pemalu. Mamat ni tegur aku la plak. Apa aku nak bualkan dengan dia ni.
"Awak ingat saya tak?"
Ingat dia ? Dia kawan abang aku ke ? atau, dia salah orang kut.
"Honestly, saya tak kenal awak la. So sorry." Tapi aku macam pernah nampak la.
"Laa~ tak sampai 2 minit pun awak nampak saya." Means?? bluurrrr~
"2 minit?" Mukaku kebingungan memikirkan tuturnya.
"Ye la. Kan tadi awak yang ambilkan gambar saya dengan kawan awak yang 2 orang tu."
"Owh. Sorry sangat-sangat. Saya tak perasan tadi."
Dup dap dup dap. Aku sedikit menggeletar dan aku rasa jantung aku berdegup macam nak meletup. Apesal ni?? aduuhh~
"Of course boleh. Saya Nur Fatihah Balqis. Panggil Fatihah pun boleh. Tapi kawan saya biasa panggil Tee je."
"Balqis. Is it okay?"
"Yuppss~ No big deal". Muhammad Amir Asyraf. Ok. Tak kan ku lupa nama ini yang boleh membuat jantungku berdegup kencang.
"Em. Awak, saya nak minta diri dulu. Tapi sebelum tu, boleh saya minta nombor telefon awak?"
"Owh. Ok". Aku mengambil telefon Blackberrynya yang dia suakan kepadaku dan menekan nombor telefonku.
"Thanks. See you soon. Assalamualaikum."
Dia terus berlari-lari anak menuju ke kumpulannya. Dia nampak tergesa-gesa. Tapi sempat pulak nak kenal dengan aku? Dah-dah. Mengarut sangat aku ni. Tapi..... begitu mudah aku bagi nombor telefonku kepadanya. Biasanya aku la orang paling kedekut nak bagi nombor telefon dengan orang especially lelaki. Pelik. Aku pun tak tahu kenapa.
"Tolong ! Tolong !".
Aku mendengar jeritan yang tidak bermaya dari tingkap asrama. Siapa berteriak tu ? Fikir di benakku. Aku bergegas turun ke bawah untuk melihat apa yang terjadi.
"Ya Allah ! Awak ok tak?"
Tanyaku kepada seorang remaja perempuan hampir sebayaku. Aku menghampirinya dan mengelap luka-luka di kaki dan tangannya. Mukanya yang putih melepak itu menampakkan lebam yang sangat jelas di pipi gebunya itu.
"Sakit. Saya tak boleh nak berjalan."
Kebetulan hanya aku sahaja yang berada di situ sebab kebiasaannya hujung minggu begitu pelajar-pelajar di UNIMAS akan keluar untuk memberi barang keperluan atau pun pulang ke rumah. Aku sahajalah yang selalu terperap dalam bilik setiap kali hujung minggu. Sudut bilik ku ini juga agak terlindung daripada laluan pelajar.
"Mari saya papah awak."
Aku papah remaja perempuan ini ke bilikku dan aku balut luka-luka di kaki dan tangannya. Aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi dengan remaja perempuan ni.
"Awak, terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya. Kejap lagi saya nak balik rumah. Maaf menyusahkan awak. Saya Kay. Kay Kamilia."
"Tak pe, perkara kecil je ni. Saya Tee. Awak boleh ke jalan ni ? Kalau awak tak kisah, saya nak tahu kenape awak boleh jadi macam ni?". Aku amat simpati melihat keadaannya.
"Biase dah. Nanti ok la ni. Em.. sebenarnya teman lelaki saye pukul saye. Saya dah jelaskan dengan dia ape yang berlaku tapi dia tak percaye. Saya tak tahu nak buat macam mane".
Rupanya bergaduh dengan kekasih hati. Kesiannya dia. Tapi lelaki tu kekasih je pun. Bukannya husband dia pun. Lelaki dayus.
"Awak, thank you so much. Awak tolong jangan bagitahu sesiape . ok ? Bye. Jumpa lagi."
Dia terus melangkah pergi meninggalkan bilikku dengan keada yang terhinjut-hinjut. Kenapa la ada manusia macam tu sanggup mendera kekasih dia. Tapi kalau aku jadi Kay, aku tinggalkan je lelaki tu. Mungkin betul juga pepatah menyebut "Cinta Itu Buta". Selepas insiden ini, biar pun bukan aku yang mengalaminya tapi aku rasa macam trauma dengan lelaki. Sejak dari itu, aku kurangkan pergaulan dengan lelaki. Tetapi sekarang .. Aku berhubung dengan dia ...
Andai dia jodohku Ya Allah, biarpun dia di Utara dan aku di Selatan takkan ke mana. Seperti Nabi Adam dan Hawa yang dipisahkan oleh Allah 1 di utara dan 1 di selatan tetapi jika hati sudah bersatu, tiada apa pun yang boleh menghalang kecuali dengan kuasaNya. Andai dia jodohku, pertemukanlah kami ya Allah dan sekiranya dia bukan jodohku panjangkan lah hubungan persahabatan kami ini. Ameen.
Monday, 25 March 2013
It's Me

Assalammualaikum & salam sejahtera.
First of all Tee pun tak tau nak mulakan entry first bagi Tee ni cam na, so elok la klau kita kenal-kenal dulu k ? :) Mesti tertanya-tanya sapa tee ni sebenarnya kn ? (itu pun kalau la. HEHE)Tee asal memang orang Sabah pun. .Macam mana datang idea nak buat blog ni sebenarnya tiba-tiba je. Tak terfikir pun sebenarnya. Sebab Tee ni malas nak online selalu. bikin sakit mata je. Tee sebenarnya minat membaca dan menulis. so, kalau ada blog ni bole la juga Tee lepaskan gian nak membaca dan menulis.( i mean menaip la). hehe .. (gian lagi tu, cam pelik je bunyi erkk ? :| )
I hope for my first entry ni, ok-ok la. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Aminnn~ Hari tu, Tee ikut debat ala parlimen, sejak dari tu Tee rasa nak bercakap aje 25 jam. 25 jam ? ehh~ over la plak . hehe . 24 jam. sori-sori. Tersyayul la plak. Tu la suka sangat bercakap kn. Tee memang setiap masa nak kena bercakap. Even dalam tido pun. Tapi time tido Tee senyap ok ? hehe :D ok-ok, kembali kepada pangkal jalan, hehe . Bukan selama ni Tee tak pernah ikut debat, cuma kali ni Tee rasa lain sangat. Best sangat. Sebab Allah bagi Tee just such a wonderful team. Happy sangat-sangat. Then, kami dapat la masuk semi final.
Actually, mcm ni crita dia. Team debat Tee ni sebenarnya dah masuk semi final pun. Tapi entah di mana khilafnya, Tee n team debat yang lain terpaksa juga berlawan. Tapi kami semua memang dah sedia untuk debat tu. So, malam pertandingan pun kami memang dah ready-ready la. Siap pakai baju korporat kelas lagi. Smart and Elegant la. HEHE (prasan jap).
Kami memang pasrah je la time kena bertanding. So, maknanya no guarantee la team debat kami masuk semi final. Kesian kn. :) tapi kami bangkit lalu berjuang, laaa~ macam nak pergi berperang la pulak. kami pun berdebat la. Time tu team debat kami jadi pembangkang dan Tee sendiri jadi pembangkang ke3. Memang best la. Dengan segala usaha dan keupayaan yang kami bekalkan, alhamdulillah. Usul pun ditolak. Usul ditolak ? maksudnya, kalau usul diterima, kerajaan menang dan begitu la sebaliknya. Tapi kami ada satu lagi kekuatan yang tidak ada pada hampir semua team-team debat yang nak bertanding tau. Team debat kami la yang paling ramai supporter. Best gilerr la mlm tu. Rasa macam tengok bola pun ada. Siap bawa botol lagi tu. Betul-betul la supporter kami tu. Apa-apa pun berbanyak terima kasih la untuk diorang sebab jadi pemangkin semangat kami malam tu.
Sebenarnya, ada lagi cerita di sebalik tu. Malam tu, ada 6 pemenang, so the judges pun choose the team yang the highest mark between all the winners. Team Tee pun dalam keadaan yang gementar n berdeba-debar. Dalam hati kami oragng time tu "dapat masuk semi ka tak ni?" semua pun tertanya-tanya. Then kami pun balik hostel n diarahkan untuk cek online. so, malam tu sampai je bilik saya terus online n on my FB la. Then, the results pun keluar. Dup dap dup dap je rasa jantung ni. Tiba-tiba "Alhamdulillah". Rupanya roomate Tee yang cakap. Nasib baiklah roomate Tee yang cakap. Kalau benda lain tadi. Mak oii, memang pucat habis la muka Tee ni jawabnya. The results is... jeng jeng jeng. Team debat Tee dapat ranking yg ke3 antara semua pendebat malam tu. Alhamdulillah.
The 2nd day la plak. aiyoooo~ punya la. Team Tee kena lawan dengan team yang hebat plak tu. memang ummpphh la team diorang tu. berdebar-debar je jantung ni. Tapi tak pa, perjuangan harus diteruskan. Jangan berputus asa jika tidak berusaha. Tapi Tee time nak berdebat tu tak rasa dup dap dup dap dah. Maybe hati Tee dah tau kot tak menang. HEHE. Kami pun berdebat n malam tu perdebatan memang sengit habis la. Rasa macam berperang kat Lahad Datu ada juga. Apa tak nya, Tee baru nak bidas n loceng pertama berbunyi, balik-balik pihak lawan Tee tu nak tanya soalan. Geram je dalam hati ni.
Kalau ikutkan rasa Tee ni, nak je gigit-gigit telinga diorang. Yala, Tee baru nak masuk isi diorang dah kacau daun. Apa orang kata, baru uummmppphh nak mnyerlah. Ada je orang kacau. Tapi happy la, memang sengit gileerr malam tu. Senapang je yang tak da. hehe. Tapi itu dalam debat je tau, kalau luar kitaorang kawan baik dgn pihak lawan. Must be a professional when it turns to work. Phrase ni memang dah lama tertanam dalam diri Tee. Tee tak suka campuraduk hal peribadi n kerja. Personal must be personal. Work always will be work and Priority always be Priority. Dan kesinambungan cerita debat tadi. Macam yang Tee rasakan, team debat Tee tewas dalam pertempuran tu. Tapi sebenarnya markah seri je pun. Dah adat pertandingan, mesti ada menang n kalah. Mana bole dua-dua menang n dua-dua kalah even dua-dua pun seri. begitu la ceritanya. heee~
Hah! balik kepada cerita Tee, dari situ la rasa timbul nak buat blog. Rasa nak bercakap je. hehe. Apa-apa pun, thank you soo much kepada readers yang sudi membaca entry Tee yang tak seberapa n tak berpengalaman dalam dunia blog ni. nanti Tee ada masa free, Tee update lagi entry yang baru ok ? sekian, Wasalam

Subscribe to:
Posts (Atom)