
Sedang aku duduk di tepi pantai yang tenang dan damai, angin sepoi-sepoi bahasa menampar halus pipi mulusku mengingatkan aku pada si dia ketika pertama kali aku mengenali dirinya. Sepanjang umur hidupku baru sekali aku merasa seperti ini dan sepanjang umur hidupku juga buat pertama kalinya aku dapat merasa 1001 macam perasaan yang sukar ditafsir, sukar difahami, sukar dijangka , sukar diketahui. Aku terkesima , aku terkejut, aku terjatuh dan aku terhempap mendengar setiap butir bicara ketika mendengar dia melontarkan bicaranya kepadaku. Aku tidak tahu kenapa setiap kali aku berbicara atau aku memikirkan tentang dirinya, setiap kali itu juga lah hatiku sentiasa berdegup kencang. Aku bermonolog dalam hati, "nape la ati ku sentiasa nak dup dap dup dap ni klau bnde yang berkaitan dengan dia, time SPM tak plak mcm ni . pelik laaa~ " .
Aku termenung jauh ke dasar laut yang membiru seperti birunya perasaanku kini. Seperti birunya juga awan-awan dilangit yang menenangkan hatiku yang bergelora seperti lautan dihadapanku. Aku berfikir sejenak, betapa indahnya ciptaan Ilahi. Aku tahu setiap yang diciptaNya pasti ada hikmah yang tersembunyi.Cuma kadang-kadang hikmah itu sukar dicari atau tanpa disedari hikmah itu sebenarnya sudah pun wujud. Hanya sesiapa yang berusaha dan tidak membutakan hati untuk menampakkan hikmah dariNya yang akan menyedari. Ya, hikmah sentiasa ada dan sekarang hanya aku sahaja yang perlu mencarinya. Setiap kali memikirkan tentang aku dan dia, aku menjadi bingung. Tersangat bingung.
"Salam Bumi Kenyalang ! :)".
Sapaan pertama kali dari si dia. Ketika itu, aku masih berada di bumi Sarawak untuk meneruskan pengajianku. Aku terimbau masa lalu ketika kami berkenalan atau pun aku dan dia gelar "sesi ta'aruf". Sesi ta'aruf kami pun berlangsung. Semakin hari semakin kenal. Si dia pun menampakkan dirinya yang sebenarnya dan aku pun begitu. Aku suka dia menunjukkan dirinya yang sebenar yang membuatkan aku tertarik kepada dirinya . Tapi sayang seribu kali sayang.........
"Oh no ! aku dah terlambat laa~ habis la klau Mr.F tu dah masuk !!!". Jam di tangan menunjukkan 10.55 pagi. Maknanya dalam masa 5 minit lagi kelas akan mula. Dah la Mr.F tu jenis punctual.
"Habis la. Habis la." Aku berlari tergesa-gesa untuk memasuki kelas Programming Fundamentals.
"Apa la aku nak jwb dengan Mr.F ni ?? Aduuhhh~ pening ! pening ! pening ! tak pe, nanti pandai-pandai la aku nak jwb dengan Mr.F tu. lagi pun ni kan first time jugak aku lmbt. hehe :)". Aku bermonolog dalam hati menenangkan perasaan yang bercampur baur. Dah la Mr.F tu tak boleh nak makan bodek. Harap-harap nanti semuanya ok.
"Kenape You lambat ?". Mr.F menyoalku.
"Eerrrr~ maafkan saya encik, tadi saya ada hal sikit.". Kenapa la tadi aku asyik sangat baca novel kat library tu. Tapi betul ke aku baca novel ? bukan aku fikir benda lain ke tadi sampai lupe kelas dah nak start ? eemmm~
"Ehem-ehem. Kalau tak nak duduk,You berdiri je kt sini sampai habis masa".
"Maaf encik." Apesal la aku boleh termenung lagi ni. Aduhhh~ parah-parah. Ni la banyak sangat nak fikir. Ni semua sebab dia la aku lambat masuk kelas. Fokus ! Fokus ! Fokus ! Tengok, kan tadi dah kantoi dengan Mr.F tu. Padan muka.
"Tenangnye. Rasa nak berminggu je kt sini."
Rasa tenang dan damai perasaan ku dikala ini. Dipantai ini. Pantai Burok, Kuala Terengganu. Ketika aku merendahkan diri kepada Ilahi aku tidak pernah lupa untuk berdoa agar aku diberikan petunjuk dan hidayahNya agar memberiku ketenangan dan mempercayai bahawa apa yang berlaku ini semuanya terselit pelbagai hikmah dariNya. AKu tidak mengharap untuk menjadi pendamping dirinya, dan dia pun juga begitu. Kami hanya mampu berserah kepada Yang Maha Berkuasa untuk memberi petunjuk dan menyelesaikan kemelut yang melanda diri kami berdua. (macam mengalami masalah kegawatan ekonomi je).
"Awak tak nak makan ke ?". Tanya Shasha kepadaku. Aku sedar dia perasan yang aku dari tadi asyik termenung je. "Kejap lagi saya datang ok ?".
Dia telah banyak memberi ku pelbagai perasaan yang aku kira betapa indahnya buat diriku. Dan dia juga membuka hatiku untuk mengenali kaum Adam. Selama ni bukan aku tak pernah bergaul dengan kaum adam tetapi aku sangat-sangat menjaga tutur dan bahasaku dihadapan mereka. Aku tidak ingin luka lama kembali berdarah.
"Nape kau lambat tadi ? biasanye 30 minit lagi kelas nak mula kau memang dah terpacak pun depan kelas kan ?". Irma, teman ku yang ku kira paling rapat denganku di kolej.
"Memang la. Tapi tadi aku terlajak la baca novel kat library. syok sangat citer novel tu sampai aku pun tak sedar kelas dah nak mula. hehe". Aku tersengih macam kerang buusuk pun ada. Dalam hati ni, Tuhan je tahu betapa serabutnye kepala aku ni.
"Emm. Itu aku no comment la. Hantu novel memang macam tu. Tapikan, selama ni memang kau selalu baca novel kat library pun kan ?" Pelik la~ atauuu . kau ada probs ni ?".
Memang la aku hantu novel. Punca utama aku lambat tu sebenarnya bukan baca novel pun, termenung teringatkan dia. Ya! dia.. Dia yang setia menanti sesuatu yang tidak pasti. Tapi si Irma ni, macam tahu-tahu je aku ada probs. Bahaya la dia ni. Tak boleh, tak boleh. Dia tak boleh tahu hal ni. Selama ni apa masalah aku pun memang si Irma ni tahu, tapi untuk masalah yang satu ni (i think it is very special to me even though its like waiting for something that is impossible)aku tak bersedia lagi nak bagitahu dia. Nanti lah dah tiba masa aku bagitahu.
"Eerrggghhh~ xde la. Aku syookkk sangat baca novel tadi tu. Kalau kau tak percaya bace la novel tu ." Aku menunjukkan novel yang bertajuk 'Sebenarnya, aku isteri dia' kepada Irma.Hehe. Novel tu tak lah hebat mana pun. Tapi romantik juga la. Romantik romantik pun, tetap si dia tu juga aku fikir. Aku tahu Irma takkan baca punya. Dia tu tak minat baca novel pun. HAHA. Macam-macam je otak aku ni bergeliga kalau nak escape kn diri dari soalan-soalan maut dia tu.
"Tee ! cepatlah ! kita dah lambat ni. Kang ditinggalkan bas naya kita". Jeritan Shasha yang membingitkan telinga sesiapa pun yang mendengarnya.
"Ok, ok. I'm on my way !". Aku membelek-belek rupaku dihadapan cermin yang menampakkan tahi lalat dibawah bibir kananku yang menjadi pemanis diwajahku. Sama macam Siti Nurhaliza tau. HEHE. (prasan kejap erk) Tapi tak lah nampak sangat.
"ok, nice".
Sempat lagi aku mengenyitkan mata dihadapan cermin. Nakal ! HEHE. Itu lah aku. Nakal plus happy go lucky. (Tapi dengan orang yang aku rapat je)
"Datin Nur Fatihah Balqis Binti Iskandar, boleh kita bergerak sekarang?".
Sambil Shasha memandangku dan mengetap bibir. Aku tahu dia geram dengan aku sebab lambat siap. Tapi sebab dia juga aku lambat. Mandi punya lah lama. Macam mandi air bunga je. Percutian yang sangat best and happy ! Baiknya company aku tu sediakan pakej bercuti ramai-ramai. Tapi aku dah nak kena balik. Tak puas laa~
"HEHE. Ammiiinnnn~ Datin lagi tu. Doakan aku erk. Hehe. Sorry la Sha. Jangan la marah-marah. Nanti tak comel !".
Aku mengenyitkan mata kepadanya. Shasha aku akui memang comel. Dah lah tinggi, baby face plak tu. Biar pun dia tua 5 tahun dari aku.
Kami pun bergegas ingin memasuki bas. Time aku dah nak masuk pintu bas, aku terpandang seseorang. Aku macam pernah nampak la, Tapi aku lupa di mana aku pernah bertemu dengan lelaki tu. Aku dan dia bertatapan mata antara satu sama lain. Aku sempat lagi mengira dalam hati berapa saat kami bertatapan. Satu.. Dua .. Tiga ..
"Tee ! Ape yg koe duk tengok tu ? Cepatlah. Bas nak bertolak dah ni."
Arrrgghh~ Shasha ni potong steam betul laa~
"Tak de ape.". Mana dia ? Mataku melilau keluar bas. Aku je la penumpang paling last yang ditunggu. Aku pun duduk di sebelah Shasha dengan hati yang hampa. Aku yakin aku kenal dan pernah nampak dia tu. Tapi kat mana erk ?
Across the water, across the deep blue ocean,
under the open sky, oh my Baby i'm try.
Lagu yang sangat aku kenal. Confirm ada SMS. Aku sentuh perkataan open di skrin telefon bimbitku. Sebelum itu, aku lihat penghantar SMS. Hatiku tidak keruan. Kalau lah orang berdiri di sebelahku, confirm dengar. Apesal lah aku gugup semacam ni. Dia bukan depan mata pun. SMS je. Macam je muka dia muncul kat skrin telefon bimbit tu. isshhh~ aku ni gabra semacam. Dah, dah, dah.
Assalamualaikum. awk ape khbr ?
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sy sht. awk ?
Alhamdulillah. Mcm awk jg. awk, i miss u.
Guulllpp~ Aku tergamam seketika. Nak reply ke tak. Nak reply ke tak. Aduuuhh~ Aku tak tahu nak reply apa. Setelah puas berfikir...
Owh. ok :) Awk dah mkn ?
Aku mengelak untuk membalas mesej dia yang aku rasa telan liur pun macam telan pasir. Bukan aku tak suka dan bukan juga aku suka. Aku keliru. Aku buntu. Lidah aku terasa kelu untuk menuturkan ayat keramat itu. Aku rasa belum masanya lagi untuk aku mengeluarkan kata-kata keramat itu dan kata-kata keramat itu bagiku amat berharga dan bernilai. Tidak semua orang boleh mendapatnya dari mulutku.
Dah, baru je lps mkn. ok la awk, nnti smbung lgi. Assalamualaikum. Sayang awk <3
Guullppp~ sekali lagi, kata-kata keramat tu dia berikan kepadaku. Tapi hatiku berbunga riang. Aku pun tak tahu kenapa aku merasa seperti akulah manusia paling gembira di dunia hari ini. Gembira tak terkira. Tapi .. ada sesuatu menghalang aku untuk merasa begitu. Aku buntu.
Itu je aku mampu untuk katakan.
Aku duduk termangu di dalam bas yang yang perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu. Serabut, serabut. 1 .. 2.. 3..
"Kau ni knape ? menjerit punya la kuat boleh pekak aku dibuatnya."
Oooopppssss~ Terlepas. Sepatutnya aku jerit dalam hati laa~ Aduuhhh~ Sebab terkejut sangat. Tu la macam tu.
"Eh. sori sori. Xde ape. Sori-sori. Kau tido la balik. Sori erk." Aku tersenyum sumbing. Kenapa la jaritan tu aku boleh terkeluar sampai Shasha noleh sedar? Kejap-kejap. Maknanya .... Tu memang dia la kan? Ya Allah. Aku tak mampu nak berkata apa-apa. Perasaanku kini bercampur baur. Happy, teruja, suka, sedih, hampa ddan semuanya la ada. Tanpa aku sedar air manik jernih menitis ditubir mataku.
Aku terima mesej pesanan ringkas daripada En.Adzrul. 'Ade ape erk encik tu nak jumpa aku ? em... Alangkah terkejutnya aku apabila En.Adzrul mengarahkanku untuk mengikuti pertandingan debat antara IPTA. Ya Allah! macam mana ni? AKu takut la. Tak yakin...
Kami hanya ada masa 2 minggu sahaja lagi untuk berlatih. Kami berusaha gigih untuk menjadi juara pertandingan debat ini. Syukur alhamdulillah semua ahli kumpulanku memberikan komitmen dan kerjasama yang baik dan dengan itu kami menjadi juara keseluruhan antara IPTA dan disitulah bermula kisah aku dan dia ...
"Tee cepatlah ambil gambar kiteorang ni !" Fasha dan Nadrah serentak berteriak kepadaku. Fasha dan Nadrah tu kawan debat aku.
"Ok-ok. 1.. 2.. 3.. 1 more time . 1 .. 2.. 3.. ok, nice"
"owh. Salam juga. Sorry saya tak tahu awak dari mane. He"
Blushing~ Dah la aku ni pemalu. Mamat ni tegur aku la plak. Apa aku nak bualkan dengan dia ni.
"Awak ingat saya tak?"
Ingat dia ? Dia kawan abang aku ke ? atau, dia salah orang kut.
"Honestly, saya tak kenal awak la. So sorry." Tapi aku macam pernah nampak la.
"Laa~ tak sampai 2 minit pun awak nampak saya." Means?? bluurrrr~
"2 minit?" Mukaku kebingungan memikirkan tuturnya.
"Ye la. Kan tadi awak yang ambilkan gambar saya dengan kawan awak yang 2 orang tu."
"Owh. Sorry sangat-sangat. Saya tak perasan tadi."
Dup dap dup dap. Aku sedikit menggeletar dan aku rasa jantung aku berdegup macam nak meletup. Apesal ni?? aduuhh~
"Of course boleh. Saya Nur Fatihah Balqis. Panggil Fatihah pun boleh. Tapi kawan saya biasa panggil Tee je."
"Balqis. Is it okay?"
"Yuppss~ No big deal". Muhammad Amir Asyraf. Ok. Tak kan ku lupa nama ini yang boleh membuat jantungku berdegup kencang.
"Em. Awak, saya nak minta diri dulu. Tapi sebelum tu, boleh saya minta nombor telefon awak?"
"Owh. Ok". Aku mengambil telefon Blackberrynya yang dia suakan kepadaku dan menekan nombor telefonku.
"Thanks. See you soon. Assalamualaikum."
Dia terus berlari-lari anak menuju ke kumpulannya. Dia nampak tergesa-gesa. Tapi sempat pulak nak kenal dengan aku? Dah-dah. Mengarut sangat aku ni. Tapi..... begitu mudah aku bagi nombor telefonku kepadanya. Biasanya aku la orang paling kedekut nak bagi nombor telefon dengan orang especially lelaki. Pelik. Aku pun tak tahu kenapa.
"Tolong ! Tolong !".
Aku mendengar jeritan yang tidak bermaya dari tingkap asrama. Siapa berteriak tu ? Fikir di benakku. Aku bergegas turun ke bawah untuk melihat apa yang terjadi.
"Ya Allah ! Awak ok tak?"
Tanyaku kepada seorang remaja perempuan hampir sebayaku. Aku menghampirinya dan mengelap luka-luka di kaki dan tangannya. Mukanya yang putih melepak itu menampakkan lebam yang sangat jelas di pipi gebunya itu.
"Sakit. Saya tak boleh nak berjalan."
Kebetulan hanya aku sahaja yang berada di situ sebab kebiasaannya hujung minggu begitu pelajar-pelajar di UNIMAS akan keluar untuk memberi barang keperluan atau pun pulang ke rumah. Aku sahajalah yang selalu terperap dalam bilik setiap kali hujung minggu. Sudut bilik ku ini juga agak terlindung daripada laluan pelajar.
"Mari saya papah awak."
Aku papah remaja perempuan ini ke bilikku dan aku balut luka-luka di kaki dan tangannya. Aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi dengan remaja perempuan ni.
"Awak, terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya. Kejap lagi saya nak balik rumah. Maaf menyusahkan awak. Saya Kay. Kay Kamilia."
"Tak pe, perkara kecil je ni. Saya Tee. Awak boleh ke jalan ni ? Kalau awak tak kisah, saya nak tahu kenape awak boleh jadi macam ni?". Aku amat simpati melihat keadaannya.
"Biase dah. Nanti ok la ni. Em.. sebenarnya teman lelaki saye pukul saye. Saya dah jelaskan dengan dia ape yang berlaku tapi dia tak percaye. Saya tak tahu nak buat macam mane".
Rupanya bergaduh dengan kekasih hati. Kesiannya dia. Tapi lelaki tu kekasih je pun. Bukannya husband dia pun. Lelaki dayus.
"Awak, thank you so much. Awak tolong jangan bagitahu sesiape . ok ? Bye. Jumpa lagi."
Dia terus melangkah pergi meninggalkan bilikku dengan keada yang terhinjut-hinjut. Kenapa la ada manusia macam tu sanggup mendera kekasih dia. Tapi kalau aku jadi Kay, aku tinggalkan je lelaki tu. Mungkin betul juga pepatah menyebut "Cinta Itu Buta". Selepas insiden ini, biar pun bukan aku yang mengalaminya tapi aku rasa macam trauma dengan lelaki. Sejak dari itu, aku kurangkan pergaulan dengan lelaki. Tetapi sekarang .. Aku berhubung dengan dia ...
Andai dia jodohku Ya Allah, biarpun dia di Utara dan aku di Selatan takkan ke mana. Seperti Nabi Adam dan Hawa yang dipisahkan oleh Allah 1 di utara dan 1 di selatan tetapi jika hati sudah bersatu, tiada apa pun yang boleh menghalang kecuali dengan kuasaNya. Andai dia jodohku, pertemukanlah kami ya Allah dan sekiranya dia bukan jodohku panjangkan lah hubungan persahabatan kami ini. Ameen.